Harga braces di klinik swasta sering menjadi persoalan bagi mereka yang ingin merawat masalah gigi tidak sekata atau gigi berlapis. Kos rawatan ini bergantung pada jenis braces yang dipilih, tahap kerumitan kes, serta lokasi klinik. Dengan pelbagai pilihan seperti braces metal, ceramic, dan clear aligners, setiap jenis mempunyai kelebihan dan harga yang berbeza.
Artikel ini akan membincangkan anggaran harga braces di klinik swasta, faktor yang mempengaruhi kos, serta pilihan terbaik untuk mendapatkan senyuman yang lebih kemas dan sempurna.
Apa Itu Braces?
Braces atau pendakap gigi adalah alat ortodontik yang digunakan untuk membetulkan susunan gigi yang tidak teratur. Rawatan ini bertujuan untuk menangani masalah seperti gigi berlapis, jongang, berjarak, atau tidak sekata yang boleh menjejaskan fungsi gigitan serta kesihatan mulut secara keseluruhan.
Selain memperbaiki estetika senyuman, rawatan ini juga membantu dalam penjagaan kebersihan gigi yang lebih baik serta mencegah masalah kesihatan gigi seperti karies gigi, penyakit gusi, dan masalah gigitan tidak sekata (maloklusi).
Siapa Perlu Pakai Braces?
Pemakaian braces di klinik swasta bukan sekadar untuk tujuan kosmetik, tetapi juga penting dalam merawat pelbagai masalah gigi dan rahang yang boleh menjejaskan kesihatan oral secara keseluruhan. Rawatan ini disyorkan bagi individu yang mengalami keadaan berikut:
Gigi bersilang
Keadaan di mana gigi tumbuh dalam susunan yang tidak selari, menyebabkan kesukaran menggigit makanan dengan betul. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan hausan tidak sekata pada gigi dan masalah fungsi rahang.
Gigi berjarak
Jarak yang berlebihan antara gigi bukan sahaja menjejaskan estetika senyuman tetapi juga boleh menyukarkan proses mengunyah dan meningkatkan risiko makanan terperangkap di antara gigi, yang boleh membawa kepada pembentukan plak dan karang gigi.
Gigi overcrowded
Gigi yang tumbuh terlalu rapat atau bertindih menyukarkan pembersihan, meningkatkan risiko karang gigi, kerosakan gigi, dan penyakit gusi. Braces metal atau ceramic braces sering digunakan untuk menyusun semula gigi yang overcrowded.
Overbite
Keadaan di mana gigi atas menutupi gigi bawah secara berlebihan, yang boleh menyebabkan hausan pada gigi bawah, tekanan pada rahang, dan gangguan pertuturan. Rawatan ortodontik boleh membantu memperbaiki keseimbangan gigitan.
Underbite
Apabila gigi bawah berada lebih ke hadapan berbanding gigi atas, ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan rahang, mengganggu fungsi mengunyah, dan memberi tekanan berlebihan pada sendi rahang. Self-ligating braces atau Invisalign sering menjadi pilihan dalam kes ini.
Crossbite
Sebahagian gigi atas terletak di dalam gigi bawah ketika mulut ditutup, yang boleh menyebabkan hausan enamel tidak sekata, masalah asimetri wajah, dan tekanan berlebihan pada gusi. Rawatan braces diperlukan untuk mengembalikan keseimbangan tekanan gigitan.
Mengalami masalah pertuturan
Kedudukan gigi yang tidak sejajar boleh menyukarkan seseorang untuk menyebut perkataan dengan jelas. Rawatan ortodontik membantu dalam memperbetulkan struktur gigi dan rahang, sekaligus meningkatkan kejelasan pertuturan.
Rasa tidak selesa pada rahang
Struktur gigi yang tidak selari boleh menyebabkan tekanan berlebihan pada rahang, yang seterusnya boleh mengakibatkan sakit kepala, sakit leher, atau bunyi klik pada sendi rahang (TMJ disorder).
Tujuan estetik
Ramai yang memilih untuk memakai braces di klinik swasta bagi mendapatkan susunan gigi yang lebih kemas dan senyuman yang lebih menawan. Harga braces di klinik swasta berbeza mengikut jenis braces yang dipilih serta tahap kesukaran kes.
Jenis Braces
Braces mempunyai pelbagai jenis bergantung kepada keperluan rawatan dan bajet pesakit. Berikut adalah jenis braces yang ditawarkan di kebanyakan klinik swasta di Malaysia:
Metal braces
Braces jenis ini diperbuat daripada keluli tahan karat dan merupakan pilihan paling berkesan serta berpatutan untuk membetulkan pelbagai masalah gigi, termasuk kes yang kompleks. Ia menggunakan bracket logam yang dilekatkan pada setiap gigi dan dihubungkan dengan wayar yang diketatkan secara berkala.
Walaupun lebih jelas kelihatan, ia tetap menjadi pilihan utama kerana keberkesanannya yang tinggi dan kos yang lebih rendah.
Clear braces
Braces seramik berfungsi sama seperti metal braces tetapi menggunakan bracket yang diperbuat daripada bahan seramik berwarna seperti gigi, menjadikannya kurang kelihatan. Ia lebih estetik dan sesuai untuk mereka yang mahukan rawatan yang tidak terlalu ketara. Namun, braces ini lebih mudah pecah, memerlukan penjagaan lebih rapi, dan harganya lebih mahal berbanding metal braces.
Gold braces
Braces ini mempunyai fungsi yang sama seperti metal braces tetapi dilapisi dengan emas, memberikan penampilan yang lebih eksklusif dan mewah. Ia diperbuat daripada bahan tahan karat serta lebih tahan lama. Walaupun lebih mahal, ia menjadi pilihan bagi mereka yang ingin tampil unik sambil mendapatkan rawatan ortodontik yang berkesan.
Invisible braces
Juga dikenali sebagai clear aligners, braces ini terdiri daripada set plastik jernih yang boleh ditanggalkan dan hampir tidak kelihatan. Ia sesuai untuk mereka yang ingin membetulkan gigi tanpa menggunakan bracket dan wayar, memberikan penampilan lebih semula jadi. Namun, aligners ini hanya berkesan untuk kes ringan hingga sederhana, memerlukan disiplin tinggi (dipakai sekurang-kurangnya 22 jam sehari), dan harganya lebih mahal daripada braces konvensional.
Self-ligating braces
Jenis braces ini menggunakan mekanisme klip khas untuk mengikat wayar tanpa perlu menggunakan getah elastik. Ia mengurangkan geseran, menjadikan rawatan lebih cepat dan lebih selesa berbanding braces konvensional. Selain itu, pesakit juga memerlukan lawatan yang lebih sedikit ke klinik kerana ia tidak memerlukan penukaran getah setiap bulan. Namun, ia lebih mahal berbanding braces metal.
Lingual braces
Berbeza daripada braces biasa, lingual braces dipasang di bahagian belakang gigi, menjadikannya tidak kelihatan dari luar. Ia memberikan rawatan yang berkesan tanpa menjejaskan penampilan, menjadikannya pilihan popular dalam kalangan profesional dan individu yang ingin lebih privasi.
Namun, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan pada lidah serta lebih sukar dibersihkan dan disesuaikan. Kos rawatan juga lebih tinggi berbanding braces lain.
Myobrace (Sesuai untuk kanak-kanak 5-8 tahun)
Myobrace adalah rawatan pra-ortodontik yang direka khas untuk kanak-kanak bagi membantu pertumbuhan rahang dan membetulkan tabiat pernafasan serta kedudukan lidah sebelum gigi kekal tumbuh sepenuhnya.
Ia membantu mencegah masalah gigi bengkok tanpa memerlukan braces konvensional di kemudian hari. Kanak-kanak perlu memakai alat ini selama beberapa jam setiap hari dan semasa tidur.
Prosedur Pasang Braces di Klinik Swasta
Harga braces di klinik swasta bergantung pada jenis braces dan tahap kesukaran rawatan, namun setiap prosedur tetap melalui beberapa langkah penting bagi memastikan hasil yang terbaik. Pemasangan braces di klinik swasta dilakukan secara sistematik, bermula dengan pemeriksaan awal sehingga proses penyesuaian sepanjang rawatan. Berikut adalah prosedur lengkap yang perlu diketahui sebelum memulakan rawatan braces:
Pemeriksaan awal
Doktor gigi akan melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap keadaan gigi, rahang, dan gigitan pesakit. Proses ini biasanya melibatkan imbasan X-ray dan cetakan gigi bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai susunan gigi. Melalui pemeriksaan ini, doktor akan menentukan jenis braces yang paling sesuai berdasarkan keperluan rawatan setiap individu.
Persiapan pemasangan
Sebelum pemasangan braces, pesakit mungkin perlu menjalani beberapa prosedur tambahan, seperti pembersihan gigi profesional untuk menghilangkan plak dan karang gigi. Dalam sesetengah kes, doktor mungkin mencadangkan pencabutan gigi sekiranya terdapat masalah seperti kesesakan gigi yang boleh menghalang pergerakan braces nanti.
Pemasangan braces
Proses pemasangan braces melibatkan beberapa langkah utama:
- Aplikasi Perekat: Doktor akan menggunakan perekat khas untuk melekatkan bracket braces pada permukaan setiap gigi.
- Pemasangan Bracket: Bracket akan dilekatkan satu persatu, sama ada diperbuat daripada logam, seramik, atau emas, bergantung kepada jenis braces yang dipilih.
- Archwire dan Getah Elastik: Selepas bracket dipasang, wayar utama (archwire) akan dimasukkan dan diikat menggunakan getah elastik atau mekanisme klip (bagi braces self-ligating). Wayar ini akan bertindak sebagai panduan untuk menggerakkan gigi ke posisi yang betul secara beransur-ansur.
Penyesuaian dan lawatan berkala
Selepas pemasangan, pesakit mungkin mengalami ketidakselesaan atau sakit ringan yang akan beransur pulih dalam beberapa hari. Untuk memastikan gigi bergerak mengikut perancangan rawatan, pesakit perlu menghadiri lawatan berkala ke klinik setiap 4 hingga 8 minggu.
Pada sesi ini, doktor akan mengetatkan wayar, menggantikan getah elastik, dan melakukan penyesuaian bagi memastikan pergerakan gigi berjalan dengan baik.
Penjagaan harian
Pesakit perlu memberus gigi dengan berus khas untuk braces, menggunakan flos gigi, dan berkumur dengan ubat kumur untuk memastikan kebersihan gigi sentiasa terjaga. Makanan yang terlalu keras, melekit, atau bergula tinggi harus dielakkan bagi mengelakkan kerosakan pada braces dan gigi.
Penanggalan braces dan rawatan susulan
Setelah tempoh rawatan selesai dan gigi berada dalam posisi yang diinginkan, braces akan ditanggalkan. Doktor akan membersihkan perekat yang melekat pada gigi untuk mengembalikan permukaan gigi kepada keadaan asal. Namun, bagi memastikan gigi tidak kembali ke posisi asal, pesakit perlu memakai retainer, sama ada dalam bentuk tetap atau boleh tanggal, bagi mengekalkan susunan gigi yang baru diperbetulkan.
Tempoh Masa Pemakaian Braces
Harga braces di klinik swasta bukan sahaja bergantung pada jenis braces yang dipilih, tetapi juga tempoh pemakaian yang berbeza bagi setiap individu. Tempoh rawatan braces bergantung kepada tahap kerumitan masalah ortodontik, jenis braces yang digunakan, dan kepatuhan pesakit terhadap rawatan. Secara umum, tempoh rawatan boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama:
Kes ringan
Bagi kes ortodontik yang ringan seperti sedikit ketidaksejajaran gigi atau celah kecil antara gigi, tempoh pemakaian braces biasanya lebih singkat, sekitar 6 bulan hingga 1 tahun. Rawatan dalam kategori ini sering melibatkan hanya sedikit pergerakan gigi untuk mendapatkan senyuman yang lebih rata dan teratur.
Kes sederhana
Kes sederhana melibatkan masalah seperti gigi berjejal, ketidaksejajaran sederhana, atau gigitan tidak sempurna (maloklusi) yang memerlukan lebih banyak masa untuk diperbetulkan. Biasanya, rawatan braces dalam kategori ini mengambil masa antara 1.5 hingga 2 tahun, bergantung kepada bagaimana gigi bertindak balas terhadap rawatan.
Kes kompleks
Kes yang lebih rumit, seperti overbite, underbite, gigitan silang (crossbite), atau gigi yang sangat bengkok dan tersusun tidak teratur, memerlukan rawatan ortodontik yang lebih intensif. Pesakit dalam kategori ini mungkin perlu memakai braces selama 2 hingga 3 tahun atau lebih, terutama jika rawatan melibatkan pencabutan gigi atau penggunaan peralatan tambahan seperti expander rahang atau elastik khas. Kebiasaannya harga braces di klinik swasta bagi kes yang kompleks ini lebih mahal.
Risiko Pemakaian Braces
Walaupun braces membantu mendapatkan senyuman yang lebih cantik dan gigi yang tersusun rapi, ia juga datang dengan beberapa risiko yang perlu diberi perhatian. Berikut adalah beberapa kesan sampingan yang mungkin dialami oleh pemakai braces:
Rasa tidak selesa
Kesakitan ringan selepas pemasangan braces adalah perkara biasa, terutamanya dalam tempoh beberapa hari pertama selepas pemasangan atau selepas setiap sesi penyesuaian. Ini berlaku kerana gigi sedang mengalami tekanan untuk bergerak ke posisi yang betul. Rasa sakit ini biasanya akan berkurang selepas beberapa hari dan boleh dikurangkan dengan mengambil ubat tahan sakit jika perlu.
Mulut luka
Bracket dan dawai braces boleh menyebabkan geseran yang mengakibatkan luka kecil pada pipi, bibir, atau lidah. Ini adalah perkara biasa terutamanya pada peringkat awal pemakaian. Untuk mengurangkan ketidakselesaan, wax ortodontik boleh digunakan untuk menutup kawasan yang menyebabkan geseran.
Karang gigi
Braces menjadikan gigi lebih sukar dibersihkan kerana makanan mudah terperangkap di celah bracket dan dawai. Jika kebersihan mulut tidak dijaga dengan baik, ini boleh menyebabkan plak dan karang gigi terbentuk, yang akhirnya meningkatkan risiko kerosakan gigi dan nafas berbau. Penggunaan flos khas untuk braces dan berus gigi ortodontik amat disyorkan.
Resopsi akar gigi
Pemakaian braces dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan pemendekan akar gigi. Ini berlaku apabila tekanan daripada braces menyebabkan akar gigi mengalami perubahan bentuk atau menjadi lebih pendek. Dalam kebanyakan kes, resopsi akar tidak menyebabkan masalah serius, tetapi dalam kes tertentu, ia boleh memberi kesan kepada kestabilan gigi.
Perubahan warna gigi
Jika kebersihan gigi tidak dijaga dengan baik, perubahan warna gigi boleh berlaku di sekitar kawasan bracket selepas braces ditanggalkan. Ini disebabkan oleh penumpukan plak yang mengandungi bakteria dan sisa makanan yang tidak dibersihkan dengan sempurna.
Untuk mengelakkan kejadian ini daripada berlaku, pastikan gigi diberus dengan betul dan elakkan makanan serta minuman yang boleh menyebabkan pewarnaan seperti kopi, teh, dan makanan manis.
Baca Juga: Harga Whitening Gigi Siap 1 Jam di Klinik Swasta (TERKINI)
Penyakit gusi
Kurang penjagaan kebersihan mulut semasa memakai braces boleh menyebabkan keradangan gusi (gingivitis), yang mengakibatkan gusi membengkak, merah, dan mudah berdarah. Jika tidak dirawat, ia boleh berkembang menjadi penyakit gusi yang lebih serius seperti periodontitis, yang boleh menjejaskan sokongan gigi.
Alahan
Sesetengah individu mungkin mengalami reaksi alahan terhadap bahan braces, terutamanya jika braces mengandungi nikel. Jika pesakit mempunyai sejarah alahan terhadap logam, mereka boleh memilih braces seramik atau emas, yang lebih mesra terhadap kulit dan gusi sensitif.
Sukar makan
Semasa tempoh pemakaian braces, pesakit perlu mengelakkan makanan yang keras, melekit, atau terlalu rangup seperti kacang, gula-gula getah, dan popcorn kerana makanan ini boleh menyebabkan bracket tertanggal atau dawai bengkok. Memilih makanan yang lembut seperti bubur, sup, atau smoothie adalah pilihan yang lebih selamat, terutamanya selepas sesi penyesuaian braces.
Tips Penjagaan Braces
Menjaga kebersihan dan kesihatan mulut semasa memakai braces sangat penting untuk memastikan rawatan berjalan dengan lancar di samping mengelakkan masalah seperti plak, karang gigi, atau luka dalam mulut. Berikut adalah beberapa tips penjagaan braces yang boleh membantu:
Penggunaan berus gigi
Pemakai braces disarankan untuk menggunakan berus gigi ortodontik yang direka khas dengan bulu berbentuk V atau berus interdental yang boleh membersihkan kawasan di sekitar bracket dan dawai dengan lebih efektif. Berus gigi elektrik juga boleh digunakan kerana ia lebih berkesan dalam menanggalkan plak dan sisa makanan.
Penggunaan flos
Flos biasa sukar digunakan dengan braces, jadi pesakit perlu menggunakan flos khas seperti superfloss atau water flosser untuk membersihkan bahagian di antara gigi dan di sekitar braces. Flos yang direka untuk pemakai braces membantu mencegah pembentukan plak dan penyakit gusi.
Penggunaan penyegar mulut
Penggunaan mouthwash antiseptik yang mengandungi fluoride dapat membantu mengurangkan bakteria, menguatkan enamel gigi, dan mengelakkan kaviti. Berkumur dengan mouthwash selepas makan dapat membantu mengekalkan kesegaran nafas dan membersihkan sisa makanan yang sukar dicapai dengan memberus gigi sahaja.
Penjagaan makanan
Makanan yang dimakan boleh memberi kesan kepada braces, jadi pesakit perlu mengelakkan makanan yang boleh merosakkan braces seperti :
• Makanan lembut – Sup, bubur, yogurt, nasi lembut
• Makanan keras – Kekacang, kerepek, ais
• Makanan melekit – Gula-gula getah, karamel, toffee
• Makanan rangup – Popcorn, keropok keras
Mengelakkan makanan ini dapat mengurangkan risiko bracket tertanggal atau dawai bengkok, yang boleh melambatkan proses rawatan.
Penggunaan wax ortodontik
Jika bracket atau dawai braces menyebabkan geseran dan luka di bahagian dalam mulut, pesakit boleh menggunakan wax ortodontik untuk melindungi kawasan yang terjejas. Sapukan wax pada bracket atau dawai yang kasar untuk mengurangkan rasa tidak selesa.
Pemeriksaan berkala
Lawatan ke doktor gigi setiap 4-8 minggu adalah penting untuk:
• Penyesuaian braces dan dawai
• Memantau perkembangan rawatan
• Mengelakkan sebarang komplikasi seperti gusi bengkak atau bracket yang longgar
Pemeriksaan berkala memastikan rawatan berjalan seperti yang dirancang dan membantu pesakit mendapatkan hasil yang lebih baik dalam tempoh yang ditetapkan.
.
Harga Braces di Klinik Swasta
Harga braces di klinik swasta berbeza mengikut jenis braces, tahap kesukaran rawatan, serta lokasi klinik. Berikut adalah anggaran harga braces di klinik swasta bagi beberapa jenis braces yang tersedia di Malaysia:
Harga braces konvensional
💰 Harga: RM4,000 – RM8,000
📌 Braces konvensional adalah pilihan paling ekonomik dan biasa digunakan. Ia menggunakan bracket logam yang diikat dengan dawai elastik. Walaupun ketara pada gigi, rawatan ini berkesan dalam merawat pelbagai masalah ortodontik.
Harga braces self-ligating
Harga: RM6,000 – RM12,000
• Braces jenis ini menggunakan bracket khas yang tidak memerlukan getah elastik. Ia lebih selesa, mudah dibersihkan, dan mengurangkan geseran, menjadikannya pilihan yang lebih baik untuk mereka yang ingin kurang ketidakselesaan semasa rawatan.
Harga braces clear aligners
Harga: RM15,000 ke atas
• Pilihan premium yang menggunakan plastik lutsinar boleh tanggal, menjadikannya hampir tidak kelihatan. Ia lebih selesa dan memudahkan penjagaan kebersihan mulut, tetapi memerlukan disiplin tinggi kerana harus dipakai sekurang-kurangnya 22 jam sehari.
Pasang braces di Tiara Dental
Jika anda sedang mencari klinik pergigian yang menawarkan pemasangan braces dengan pelan ansuran braces, Tiara Dental adalah pilihan yang tepat. Klinik ini menyediakan rawatan oleh doktor gigi pakar, menggunakan teknologi moden dan menawarkan pelbagai jenis braces, termasuk braces self-ligating dan braces konvensional.
Dapatkan senarai harga braces di klinik swasta dan maklumat lanjut mengenai braces dengan menghubungi Tiara Dental hari ini!