About Us

Selamat datang ke Klinik Pergigian
Tiara Dental – Klinik Gigi Shah Alam Patuh Syariah Sejak Tahun 2018

Kisah Kami

Klinik Pergigian Tiara Dental diasaskan oleh pasangan doktor yang berdedikasi, Dr. Amir Haziq dan Dr. Haziqah Hashim, dengan satu kepercayaan utama—setiap orang berhak memiliki senyuman menawan sambil mengekalkan kesihatan gigi yang terbaik.

Di Klinik Pergigian Tiara Dental, kami bukan sekadar doktor gigi. Kami rakan yang peduli. Kami yakin bahawa hubungan antara doktor gigi dan pesakit bukan sekadar di kerusi rawatan—tetapi lebih daripada itu. Tak perlu takut jumpa doktor gigi. Klinik gigi bukan tempat yang menakutkan, tetapi tempat di mana anda boleh mendapatkan rawatan dengan tenang dan yakin.

Dengan visi yang sama, kami wujudkan Klinik Pergigian Tiara Dental —sebuah klinik yang mengutamakan keselesaan, hubungan mesra, dan pengalaman rawatan yang positif. Kami di sini untuk membantu anda tersenyum dengan yakin.

Kenapa Tiara Dental?

Waktu Menunggu Singkat

Tak seperti klinik gigi lain di Shah Alam, waktu menunggu anda di klinik gigi kami cuma 30 minit – 60 minit sahaja. Jimat masa anda!

10 Tahun Pengalaman

Anda akan dirawat oleh barisan doktor gigi berkelulusan yang sah & berdaftar dengan 10 tahun pengalaman dalam rawatan kesihatan mulut.

400+ Pesakit

Kami mempunyai rekod merawat gigi dan menjalankan prosedur gigi untuk lebih 400+ pesakit di Shah Alam sejak tahun 2018 hingga kini.

Doktor Professional

Anda akan dirawat & menjalani prosedur oleh doktor gigi Muslim profesional dan akan jawab segala masalah dan beri solusi tepat dengan masalah gigi anda.

Tidak Sakit & Kasar

Kami tahu cara mengurangkan kesakitan yang anda alami dengan teknik yang teliti dan lemah lembut sepanjang rawatan gigi anda.

5 Star Google Review

Kami menerima 5 Star di Google Review dari 400+ pesakit yang pernah menjalankan rawatan gigi di klinik kami. Nilai sendiri kualiti kami.

Falsafah Kami

Senyuman bukan sekadar ekspresi—ia adalah pantulan keyakinan, kegembiraan, dan kesihatan diri. Di Klinik Pergigian Tiara Dental, kami percaya bahawa setiap individu berhak memiliki senyuman yang menawan.

Dengan barisan doktor gigi yang berdedikasi, kami bukan sekadar memberikan rawatan, tetapi menyempurnakan pengalaman kesihatan oral anda. Setiap sentuhan profesional kami adalah satu langkah menuju senyuman yang anda banggakan.

Dilengkapi teknologi terkini dan suasana yang penuh ketenangan, kami pastikan setiap kunjungan ke Klinik Pergigian Tiara Dental bukan sekadar rutin, tetapi perjalanan yang bermakna—menyenangkan, selesa, dan penuh kepuasan.

Visi Kami

Menyediakan rawatan gigi dan prosedur gigi yang teliti, tidak ganas dan lemah lembut untuk semua golongan, bangsa dan kaum pesakit yang datang ke klinik kami. Kami ingin mengubah persepsi dan stigma masyarakat yang rawatan gigi & prosedur gigi itu menakutkan dan menyakitkan.

Misi Kami

Kami percaya yang setiap orang berhak dan layak memiliki senyuman yang sempurna dan menjadi contoh positif kepada orang di sekeliling mereka akan penjagaan kesihatan mulut khususnya penjagaan gigi menerusi rawatan gigi dan prosedur gigi yang betul dengan objektif mereka.

Doktor Kami

Doktor Muslim kami di Shah Alam sedia memberi bantuan pergigian kepada anda

 

Dr. Amir Haziq, dengan hampir 10 tahun pengalaman, telah membantu ratusan pesakit mendapatkan senyuman impian mereka melalui pendekatan rawatan yang teliti dan penuh dedikasi.

Berkelulusan Bachelor of Dental Surgery (BDS) dari Alexandria University, Egypt, di bawah tajaan MARA, beliau juga diiktiraf oleh Academy of Fixed Orthodontics New York Fellowship dan telah melengkapkan Comprehensive Modular Orthodontic Program di Biomechanical Institute for Orthodontics (BiO) Malaysia.

 

dr haziqah hashim tiara dental klinik gigi shah alam

 

Dr. Haziqah Hashim, lulusan Bachelor of Dental Surgery (BDS) dari Alexandria University di bawah tajaan MARA, telah berkhidmat selama 4 tahun di Hospital Daerah Lawas, Sarawak.

Dengan pengiktirafan dari Academy of Fixed Orthodontics New York Fellowship, beliau berdedikasi dalam memberikan rawatan terbaik untuk membantu anda mencapai senyuman yang menawan.

 

appointment klinik gigi shah alam

Perlukan rawatan gigi?

Buat temujanji dengan kami hari ini!