Karang gigi adalah masalah yang biasa dihadapi oleh ramai orang tidak kira golongan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Masalah ini tidak mempunyai satu solusi yang kekal selamanya kerana ia adalah masalah yang berterusan. Artikel ini akan kongsikan punca karang gigi, solusi dan rawatan yang sesuai untuk menanganinya.

punca karang gigi

Apa Itu Karang Gigi

Karang gigi adalah lapisan keras yang terbentuk daripada plak gigi yang tidak dibersihkan dengan betul sehingga mengeras pada gigi. Ia terjadi apabila bakteria dalam mulut bercampur dengan sisa makanan dan air liur, lalu mengeras menjadi tartar atau karang gigi. 

Karang gigi mudah dilihat kerana mempunyai warna yang agak jelas seperti warna kuning dan coklat. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan gusi bengkak, gigi berlubang, dan masalah kesihatan mulut lain.

Baca Juga: Harga Whitening Gigi Siap 1 Jam di Klinik Swasta (TERKINI)

Golongan Berisiko Kena Karang Gigi

Kanak-Kanak

Kanak-kanak sering kali berisiko tinggi mengalami karang gigi kerana kurang kesedaran dan kemahiran dalam menjaga kebersihan mulut. Jika mereka tidak diajar teknik memberus gigi yang betul, plak akan mudah terkumpul dan mengeras menjadi punca karang gigi. 

Selain itu, kebiasaan mengambil makanan dan minuman manis seperti gula-gula, coklat, serta minuman berkarbonat tanpa penjagaan oral yang baik akan mempercepatkan pembentukan plak. 

Tambahan pula, kebiasaannya kanak-kanak masih belum mahir untuk menggunakan flos gigi bagi membersihkan sisa makanan di celah gigi yang menjadi punca karang gigi berlaku. 

 

Orang Dewasa

Orang dewasa yang sibuk dengan rutin harian cenderung mengabaikan kebersihan mulut, meningkatkan risiko pembentukan karang gigi. 

Beberapa faktor utama yang menyumbang kepada masalah ini termasuk merokok, pengambilan kafein berlebihan serta diet yang tinggi gula dan karbohidrat.

Jika kebersihan mulut tidak dijaga dengan baik, plak ini akan mengeras dan menjadi karang gigi, yang boleh menyebabkan keradangan gusi serta masalah gigi lain.

 

Warga Emas

Seiring dengan peningkatan usia, penghasilan air liur semakin berkurang, menyebabkan mulut menjadi kering (xerostomia). Air liur berperanan penting dalam membantu membersihkan sisa makanan dan menghalang pembentukan plak. 

Apabila jumlah air liur tidak mencukupi, bakteria dalam mulut lebih mudah berkembang, dan keadaan ini akan meningkatkan risiko pembentukan karang gigi.

Selain itu, ramai warga emas yang mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti diuretik dan ubat tekanan darah tinggi juga boleh menyebabkan mulut menjadi kering. 

Tanpa penjagaan oral yang baik, plak dan karang gigi akan terbentuk dengan lebih cepat, seterusnya membawa kepada masalah gusi dan kehilangan gigi jika tidak dirawat.

 

Punca Karang Gigi

1. Kurang Berus Gigi

punca karang gigi

Tabiat tidak memberus gigi secara konsisten, terutamanya selepas makan dan sebelum tidur, menyebabkan plak terkumpul pada permukaan gigi. Jika tidak dibersihkan, plak ini akan mengeras dan berubah menjadi karang gigi yang sukar dihilangkan tanpa rawatan profesional.

 

2. Cara Berus Gigi Salah

Memberus gigi tanpa teknik yang betul tidak akan membersihkan kotoran dengan efektif sehingga menyebabkan punca karang gigi terbentuk. Antara kesalahan biasa termasuk:

1. Tidak memberus semua bahagian gigi, terutama bahagian belakang dan sepanjang garis gusi.

2. Menggunakan tekanan terlalu kuat, yang boleh merosakkan enamel dan gusi.

3. Tidak memberus cukup lama, di mana memberus gigi kurang daripada dua minit tidak mencukupi untuk membuang plak secara menyeluruh.

 

3. Tidak Guna Floss Gigi

punca karang gigi

Berus gigi sahaja tidak mampu membersihkan sisa makanan dan plak yang tersekat di celah gigi. Flossing diperlukan untuk memastikan kawasan antara gigi bebas daripada plak, sekali gus mengurangkan punca karang gigi terjadi.

 

4. Ambil Makanan Manis Berlebihan

punca karang gigi

Gula menjadi sumber utama bagi bakteria dalam mulut untuk menghasilkan asid yang melemahkan enamel gigi dan membentuk plak. Makanan dan minuman tinggi gula seperti gula-gula, coklat dan minuman berkarbonat, mempercepatkan pembentukan karang gigi jika tidak dibersihkan dengan baik.

 

5. Mulut Kering

punca karang gigi

Air liur memainkan peranan penting dalam membersihkan bakteria dan membantu meneutralkan asid dalam mulut. Kekurangan air liur akibat dehidrasi, pengambilan ubat-ubatan tertentu, atau masalah kesihatan seperti diabetes boleh meningkatkan risiko pembentukan plak dan menjadi punca karang gigi terbentuk.

 

6. Merokok & Vape

punca karang gigi

Nikotin dan tar dalam rokok serta bahan kimia dalam vape bukan sahaja menyebabkan perubahan warna pada gigi kepada kekuningan tetapi juga menggalakkan pembentukan plak yang lebih melekit. Hal ini menjadi punca karang gigi lebih cepat terbentuk dan meningkatkan risiko penyakit gusi.

 

7. Kafein Berlebihan

punca karang gigi

Minuman berkafein seperti kopi dan teh boleh meninggalkan kesan pada gigi, menjadikannya lebih kasar dan lebih mudah memerangkap plak. Pengambilan yang berlebihan, terutama tanpa penjagaan oral yang baik, akan mempercepatkan pembentukan karang gigi.

 

Solusi Untuk Menangani Punca Karang Gigi

Karang gigi yang dibiarkan tanpa rawatan boleh menyebabkan masalah kesihatan mulut seperti gusi berdarah, nafas berbau, dan keradangan gusi dan adakalanya boleh mengakibatkan gigi terpaksa dicabut sekiranya kes menjadi semakin teruk.

Oleh itu, penting untuk mengambil langkah pencegahan dan rawatan yang sesuai bagi memastikan kebersihan serta kesihatan gigi terjaga. Berikut adalah beberapa solusi yang boleh membantu mengatasi masalah karang gigi.

 

1. Berus Gigi Dengan Betul

Cara Berus Gigi

Memberus gigi dengan teknik yang betul adalah langkah utama untuk mencegah punca karang gigi daripada terjadi. Berikut adalah cara memberus gigi yang betul:

1. Gunakan berus gigi berbulu lembut untuk mengelakkan kerosakan pada enamel dan gusi.

2. Pastikan memberus gigi sekurang-kurangnya dua minit setiap kali, dua kali sehari.

3. Gunakan gerakan melingkar dan lembut untuk memastikan plak dibersihkan dengan berkesan.

4. Fokus pada semua bahagian gigi, termasuk bahagian belakang dan sepanjang garis gusi.

2. Guna Ubat Gigi Fluorida

Fluorida berperanan penting dalam menguatkan enamel gigi dan melindunginya daripada serangan asid yang dihasilkan oleh bakteria. Penggunaan ubat gigi berfluorida dapat:

✔️ Menghalang pembentukan plak gigi.

✔️ Mengurangkan risiko karies gigi.

✔️ Membantu memperbaiki kerosakan awal pada enamel.

 

3. Flossing 2 Kali Sehari

Flossing adalah langkah tambahan yang penting kerana ia dapat:

✔️ Mengeluarkan sisa makanan dan plak yang tersekat di celah gigi.

✔️ Mengurangkan risiko pembentukan karang gigi dan keradangan gusi.

✔️ Mencegah nafas berbau akibat bakteria yang terperangkap di antara gigi.

Pastikan anda menggunakan floss gigi yang lembut dan lakukan dengan berhati-hati agar tidak mencederakan gusi.

 

4. Berkumur Dengan Antiseptik

punca karang gigi

Ubat kumur antiseptik membantu membunuh bakteria yang menyebabkan karang gigi dan menyegarkan nafas. Pilih ubat kumur yang mengandungi bahan seperti chlorhexidine atau cetylpyridinium chloride untuk kesan yang lebih efektif.

 

5. Kurangkan Makanan Berlekit

Makanan berlekit seperti gula-gula, karamel, dan makanan ringan yang tinggi gula mudah melekat pada permukaan gigi dan sukar dibersihkan. Ini boleh mempercepatkan pembentukan plak yang akhirnya menjadi punca karang gigi.

Seeloknya, gantikan snek manis dengan buah-buahan segar untuk pilihan yang lebih sihat. Tetapi, jika masih ingin mengambil makanan manis, pastikan anda segera berkumur atau minum air setelah makan bagi mungurangkan risiko karang gigi.

 

6. Minum Banyak Air

punca karang gigi

Minum air secukupnya sepanjang hari membantu membersihkan sisa makanan yang melekat pada gigi. Selain itu, pengambilan air yang mencukupi juga membantu merangsang penghasilan air liur yang penting untuk meneutralkan asid dalam mulut dan mencegah mulut kering yang boleh meningkatkan yang menjadi punca karang gigi terbentuk.

 

Kos Rawatan Karang Gigi

Kos rawatan scaling gigi bergantung kepada tahap keterukan karang gigi, prosedur yang diperlukan, serta lokasi dan jenis klinik gigi yang dipilih. 

Secara umum, harga rawatan scaling gigi di klinik gigi swasta di Malaysia boleh bermula dari RM80 hingga RM240 bagi satu sesi, bergantung kepada tahap plak dan karang gigi yang perlu dibersihkan.

 

Rawatan Karang Gigi di Klinik Tiara Dental

Scaling Gigi

punca karang gigi

Di Tiara Dental, kami juga menyediakan perkhidmatan scaling dan polishing gigi. Scaling dan polishing ini adalah prosedur pembersihan profesional yang bertujuan untuk memastikan gigi dan gusi dalam keadaan sihat. 

Rawatan ini disarankan dilakukan sekurang-kurangnya dua kali setahun atau setiap enam bulan sekali bagi mengekalkan kebersihan mulut yang optimum disamping mengelakkan punca karang gigi terbentuk.

Scaling gigi sesuai dilakukan oleh kanak-kanak seawal usia 3-4 tahun, golongan dewasa serta ibu mengandung.

 

Pemeriksaan Kesihatan Gigi

Pemeriksaan gigi secara berkala amat penting bagi mengesan sebarang masalah kesihatan mulut lebih awal terutamanya yang boleh membawa kepada punca karang gigi sebelum ia menjadi lebih serius. Dengan pemeriksaan berkala, doktor gigi boleh:

1. Mengesan masalah seperti karang gigi, gigi berlubang, dan penyakit gusi lebih awal. 

2. Memberi nasihat dan rawatan pencegahan untuk mengelakkan komplikasi jangka panjang.

3. Membantu anda mengekalkan kesihatan mulut yang lebih baik secara menyeluruh.

 

Jika anda mempunyai masalah karang gigi, anda boleh tempat temujanji dengan Tiara Dental. Dapatkan rawatan profesional di Tiara Dental untuk senyuman yang lebih sihat dan menawan. Kami menawarkan perkhidmatan scaling dan polishing gigi dengan harga yang berpatutan. Tempah slot anda hari ini!