Harga implan gigi berbeza mengikut jenis gigi yang digantikan, sama ada geraham, kacip, atau taring. Setiap jenis gigi mempunyai peranan penting dalam fungsi kunyahan dan estetika senyuman, jadi pemilihan implan yang sesuai perlu dipertimbangkan dengan teliti.
Artikel ini akan membincangkan anggaran harga implan gigi bagi setiap jenis gigi, prosedur dan faktor yang mempengaruhinya.
Apa Itu Implan Gigi?
Implan gigi, atau juga dikenali sebagai tanam gigi, adalah salah satu kaedah moden untuk menggantikan gigi yang hilang. Tidak seperti gigi palsu konvensional yang boleh dipakai dan dicabut pada bila-bila masa, implan gigi ditanam terus ke dalam tulang rahang.
Implan gigi terdiri daripada tiga komponen utama:
- Implan (Skru) – Ditanam ke dalam tulang rahang dan berfungsi sebagai akar gigi tiruan. Biasanya diperbuat daripada titanium, bahan yang boleh bergabung dengan tulang secara semula jadi.
- Abutment – Penyambung antara skru implan dan mahkota gigi.
- Mahkota (Crown) – Gigi tiruan yang dipasang di atas abutment, menggantikan gigi asli dari segi fungsi dan rupa.
Dengan penjagaan yang baik, implan gigi boleh bertahan seumur hidup. Ia bukan sahaja mengembalikan fungsi kunyahan tetapi juga membantu mengekalkan struktur rahang dan bentuk wajah, memberikan senyuman yang lebih semula jadi dan menambah keyakinan diri.
Jenis Implan Gigi
Doktor gigi akan mencadangkan jenis implan yang paling sesuai berdasarkan keadaan mulut dan jumlah gigi yang perlu diganti. Kedua-dua faktor ini akan mempengaruhi harga implan gigi yang anda perlukan. Berikut adalah beberapa jenis implan yang biasa digunakan:
Implan Gigi Tunggal
Jika anda kehilangan satu gigi, implan gigi tunggal adalah pilihan terbaik. Prosesnya melibatkan pemasangan satu skru implan di dalam tulang rahang, diikuti dengan pemasangan mahkota gigi untuk menggantikan gigi yang hilang. Implan ini berfungsi dan kelihatan seperti gigi asli, memberikan kestabilan yang lebih baik berbanding jambatan gigi atau gigi palsu biasa.
Implan Berbilang Gigi
Bagi mereka yang kehilangan beberapa batang gigi, implan berbilang gigi boleh menjadi penyelesaian yang lebih efektif. Doktor gigi akan memasang beberapa implan sebagai sokongan, dan gigi gantian akan dipasang di atasnya. Kaedah ini lebih stabil dan tahan lama berbanding gigi palsu separa yang boleh tanggal.
Implan Gigi Seluruh Mulut
Bagi pesakit yang kehilangan semua gigi, implan gigi seluruh mulut merupakan pilihan terbaik untuk mendapatkan semula fungsi kunyahan dan estetik senyuman. Kaedah seperti All-on-4 atau All-on-6 digunakan, di mana beberapa implan dipasang di dalam rahang untuk menyokong set penuh gigi gantian yang kekal terpasang. Jenis implan ini melibatkan harga implan gigi yang agak mahal kerana memerlukan beberapa implan dipasang sekaligus.
Setiap jenis implan gigi mempunyai kelebihan tersendiri, dan pilihan terbaik bergantung kepada kesihatan gusi, ketebalan tulang rahang, serta harga implan gigi yang anda mahukan mengikut bajet anda.
Sebab Perlu Implan Gigi
Implan gigi adalah pilihan terbaik bagi mereka yang kehilangan gigi akibat kecederaan, kerosakan teruk, atau penyakit gusi. Ia bukan sahaja mengembalikan fungsi mengunyah dengan lebih selesa, tetapi juga membantu mengekalkan struktur tulang rahang. Berbeza dengan gigi palsu biasa, implan lebih kukuh dan tahan lama. Walaupun harga implan gigi mungkin lebih mahal, ia memberikan penyelesaian jangka panjang yang lebih bagus dan kelihatan semula jadi.
1. Kerosakan Gigi Yang Teruk
Gigi yang mengalami kerosakan teruk akibat kaviti, hakisan, atau jangkitan mungkin tidak dapat diselamatkan lagi. Dalam kes ini, implan gigi menjadi pilihan terbaik untuk menggantikan gigi yang hilang dan mengembalikan fungsi kunyahan secara efektif.
Baca juga: Rawatan Akar Gigi Geraham, Kacip & Taring (Prosedur LENGKAP)
2. Penyakit Gusi (Periodontitis)
Periodontitis atau penyakit gusi boleh menyebabkan kehilangan gigi akibat jangkitan serta kerosakan pada tulang rahang. Implan gigi bukan sahaja menggantikan gigi yang hilang, malah membantu mengekalkan struktur tulang rahang agar tidak terus mengecut dan melemah.
3. Kecederaan atau Kemalangan
Gigi yang tercabut akibat kemalangan atau kecederaan boleh menjejaskan fungsi kunyahan serta penampilan senyuman. Dengan implan gigi, gigi yang hilang dapat digantikan dengan gigi palsu kekal yang kelihatan dan berfungsi seperti gigi asli.
4. Penuaan
Seiring pertambahan usia, kehilangan gigi adalah sesuatu yang biasa berlaku. Implan gigi menjadi penyelesaian jangka panjang yang tahan lama, selesa, dan lebih stabil berbanding gigi palsu biasa, membolehkan seseorang menikmati kehidupan tanpa gangguan fungsi kunyahan.
Jenis dan Cara Pilih Bahan Implan Gigi
Pemilihan bahan implan gigi bergantung kepada beberapa faktor seperti ketahanan, integrasi dengan tulang, estetika, dan kesesuaian dengan tubuh pesakit yang bakal mempengaruhi harga implan gigi. Berikut adalah tiga bahan utama yang digunakan dalam prosedur implan gigi:
1. Titanium
Titanium adalah bahan yang paling banyak digunakan kerana lebih kukuh dan keupayaannya yang tinggi untuk berintegrasi dengan tulang rahang melalui proses oseointegrasi. Proses ini membolehkan implan menyatu secara semula jadi dengan tulang, menghasilkan asas yang kukuh untuk gigi palsu.
Kelebihan Titanium:
✔️ Sangat kuat dan tahan lama, sesuai untuk jangka panjang
✔️ Integrasi terbaik dengan tulang rahang, memastikan kestabilan maksimum
✔️ Telah digunakan secara meluas dan terbukti selamat dalam jangka panjang
Namun, titanium berwarna logam dan mungkin kurang estetik jika gusi menipis. Ia juga tidak sesuai untuk individu yang mempunyai alahan terhadap logam.
Titanium sesuai untuk:
- Pesakit yang mahukan implan tahan lama dan kuat
- Kes kehilangan gigi di bahagian belakang mulut yang memerlukan kestabilan tinggi
- Mereka yang tidak mempunyai alahan terhadap logam
2. Zirkonia
Zirkonia adalah pilihan alternatif bagi mereka yang mengutamakan estetika atau mempunyai alahan terhadap logam. Bahan ini berwarna putih, menyerupai gigi asli, menjadikannya pilihan yang lebih baik untuk gigi hadapan.
Selain itu, ia juga tahan hakisan dan mempunyai tahap konduksi haba yang rendah, menjadikannya lebih selesa untuk sesetengah pesakit.
Kelebihan Zirkonia:
✔️ Warna semula jadi, lebih sesuai untuk gigi hadapan
✔️ Bebas logam, sesuai untuk individu yang mengalami alahan terhadap logam
✔️ Tahan hakisan dan tidak mudah menyebabkan reaksi dalam mulut
Namun, integrasi zirkonia dengan tulang rahang tidak sebaik titanium, dan ketahanannya sedikit kurang jika dibandingkan dengan titanium.
Zirkonia sesuai untuk:
- Pesakit yang mahukan pilihan estetik yang lebih menyerupai gigi asli
- Mereka yang alah kepada logam atau sensitif terhadap bahan logam
- Kes kehilangan gigi di bahagian hadapan untuk penampilan lebih semula jadi
3. Seramik
Seramik juga merupakan bahan yang berwarna putih dan bersifat biokompatibel. Ia sering digunakan dalam kes yang memerlukan penampilan lebih estetik serta tidak menyebabkan reaksi alahan. Seramik mempunyai ciri fizikal yang baik, seperti kekonduksian haba yang rendah, menjadikannya lebih selesa bagi sesetengah pesakit.
Kelebihan Seramik:
✔️ Warna menyerupai gigi asli, memberikan hasil estetik terbaik
✔️ Tidak mengandungi logam, sesuai untuk pesakit yang alah kepada logam
✔️ Tidak menyebabkan reaksi dalam mulut, menjadikannya lebih selamat untuk sesetengah individu
Namun, seramik lebih rapuh berbanding titanium dan zirkonia, menjadikannya lebih mudah retak atau pecah jika dikenakan tekanan yang tinggi.
Seramik sesuai untuk:
- Pesakit yang mementingkan estetika dan mahukan warna yang benar-benar menyerupai gigi asli
- Mereka yang mempunyai alahan terhadap logam
- Kes kehilangan gigi hadapan di mana daya kunyahan tidak sekuat di bahagian belakang
Prosedur & Rawatan Implan Gigi
Prosedur implan gigi melibatkan beberapa peringkat, termasuk pemeriksaan awal, pemasangan skru titanium ke dalam tulang rahang, dan akhirnya penempatan gigi palsu yang kelihatan semula jadi. Setiap langkah memerlukan masa untuk memastikan implan menyatu dengan baik dan memberikan hasil yang tahan lama. Oleh kerana prosesnya yang teliti, harga implan gigi bergantung pada keadaan kesihatan gigi, jenis implan, dan klinik pilihan anda.
1. Pemeriksaan Awal & X-Ray
Sebelum prosedur dijalankan, doktor gigi akan melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk menilai kesesuaian pesakit bagi implan gigi jenis implan gigi yang sesuai bagi menentukan harga implan gigi untuk pesakit.
🔹 Pemeriksaan kesihatan mulut:
Doktor akan menilai keadaan gusi, tulang rahang, dan gigi berdekatan. Pesakit juga perlu memaklumkan doktor mengenai sejarah kesihatan dan ubat-ubatan yang diambil.
🔹 X-ray & imbasan 3D:
Teknologi ini digunakan untuk melihat struktur tulang rahang secara terperinci dan menentukan lokasi terbaik untuk memasukkan implan.
🔹 Perbincangan pelan rawatan:
Doktor akan menerangkan prosedur, kos, serta tempoh penyembuhan. Pesakit boleh bertanya soalan dan menyuarakan sebarang kebimbangan sebelum meneruskan rawatan.
2. Penyediaan dan Pemasangan Skru Implan
🔹 Pembersihan kawasan gigi yang hilang:
Sekiranya terdapat sisa akar atau tisu rosak, ia akan dibuang bagi mengelakkan jangkitan.
🔹 Prosedur pemulihan tulang (jika perlu):
Jika tulang rahang pesakit terlalu nipis atau lemah, prosedur graf tulang mungkin diperlukan untuk menambah ketebalan tulang. Proses ini boleh mengambil masa beberapa bulan sebelum implan boleh dipasang.
🔹 Anestesia setempat:
Doktor akan memberikan bius bagi memastikan pesakit tidak merasa sakit semasa prosedur.
🔹 Pembuatan lubang pada tulang rahang:
Doktor akan membelah sedikit bahagian gusi dan menggunakan alat khas untuk membuat lubang kecil pada tulang rahang, mengikut saiz implan.
🔹 Pemasangan skru implan:
Skru titanium atau zirkonia dimasukkan ke dalam tulang rahang sebagai asas bagi gigi palsu kekal. Proses ini mengambil masa kira-kira 1 hingga 2 jam bagi setiap implan.
3. Proses Penyembuhan dan Pemasangan Abutment
Selepas pemasangan implan, proses penyembuhan dikenali sebagai osseointegrasi akan berlaku. Dalam tempoh ini, tulang rahang akan tumbuh dan menyatu dengan skru implan, menjadikannya stabil seperti akar gigi semula jadi.
Tempoh penyembuhan biasanya mengambil masa 3 hingga 6 bulan, bergantung kepada kesihatan tulang dan tindak balas tubuh pesakit.
Abutment pula ialah penyambung antara skru implan dan gigi palsu yang akan dipasang. Doktor gigi akan melakukan pembedahan kecil untuk memasang abutment dan membiarkan gusi sembuh selama beberapa minggu.
Nota: Dalam sesetengah kes, abutment boleh dipasang bersama implan gigi dalam prosedur yang sama.
4. Pemasangan Gigi Palsu Kekal
🔹 Pengambilan cetakan gigi:
Doktor akan membuat acuan khas bagi memastikan gigi palsu yang dibuat sesuai dengan struktur mulut pesakit.
🔹 Pemasangan gigi palsu kekal:
Setelah gusi sembuh, gigi palsu kekal dipasang pada abutment, memberikan fungsi kunyahan yang stabil dan penampilan semula jadi.
Selepas prosedur, pesakit perlu menjalani pemeriksaan berkala bagi memastikan implan berfungsi dengan baik dan bebas daripada sebarang jangkitan.
Baca Juga: Prosedur & Harga Buat Gigi Palsu di Klinik Kerajaan & Swasta
Kelebihan Implan Gigi
Implan gigi bukan sahaja tahan lama, tetapi juga memberikan rasa dan fungsi seperti gigi asli. Dengan implan, anda boleh mengunyah dengan lebih selesa tanpa risau gigi longgar atau tercabut. Selain itu, ia membantu mengekalkan struktur tulang rahang dan mencegah masalah gigi lain. Walaupun harga implan gigi mungkin lebih tinggi berbanding rawatan lain, ia adalah pelaburan jangka panjang untuk kesihatan dan keyakinan anda.
1. Meningkatkan keyakinan diri
Implan gigi memberikan penampilan yang lebih semula jadi, membantu memperbaiki senyuman dan meningkatkan keyakinan diri ketika bergaul.
2. Elak penyerapan tulang
Apabila gigi hilang, tulang rahang boleh mengalami penyerapan semula (bone resorption), menyebabkan perubahan bentuk wajah. Implan gigi bertindak seperti akar gigi semula jadi, merangsang pertumbuhan tulang dan mengelakkan pengecutan rahang.
3. Boleh makan seperti biasa
Tidak seperti gigi palsu yang boleh longgar atau bergoyang, implan gigi terpasang kukuh pada tulang rahang. Ini membolehkan pesakit menikmati makanan kegemaran mereka tanpa rasa tidak selesa atau bimbang gigi tercabut.
4. Mudah dijaga
Implan gigi tidak memerlukan penjagaan khas seperti pelekat gigi palsu atau perendaman dalam larutan khas. Ia boleh dijaga seperti gigi asli dengan rutin kebersihan mulut biasa, termasuk memberus gigi, menggunakan flos, dan menjalani pemeriksaan gigi berkala. Dengan penjagaan yang baik, implan gigi boleh bertahan seumur hidup.
Risiko Implan Gigi
1. Kecederaan sinus
Sinus hidung terletak berdekatan dengan rahang atas. Dalam beberapa kes, pemasangan implan gigi di bahagian ini boleh menembusi atau menekan sinus, menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan, atau bahkan jangkitan sinus (sinusitis).
Oleh itu, doktor gigi akan melakukan pemeriksaan rapi, termasuk X-ray atau imbasan 3D, untuk memastikan kedudukan implan tidak mengganggu struktur sinus.
2. Jangkitan
Seperti mana-mana prosedur pembedahan, terdapat risiko jangkitan selepas pemasangan implan gigi. Jika kebersihan mulut tidak dijaga dengan baik atau pesakit mengabaikan arahan penjagaan luka, bakteria boleh memasuki kawasan implan dan menyebabkan komplikasi seperti bengkak, nanah, atau kegagalan implan.
Jadi, sangat penting untuk mengikuti arahan doktor gigi dengan teliti dan mengamalkan rutin kebersihan mulut yang baik bagi mengelakkan berlakunya jangkitan.
3. Kecederaan saraf
Pembedahan implan yang dilakukan tanpa perancangan teliti boleh menyebabkan kecederaan pada saraf, terutamanya jika implan dipasang terlalu dekat dengan saluran saraf dalam rahang. Ini boleh mengakibatkan rasa kebas, kesemutan, atau kesakitan di bahagian gusi, bibir, dan dagu.
Untuk mengelakkan risiko ini, doktor gigi akan menjalankan pemeriksaan imbasan terlebih dahulu bagi menentukan lokasi saraf serta menilai kesesuaian implan berdasarkan sejarah perubatan dan ubat-ubatan yang diambil oleh pesakit.
Harga Implan Gigi Geraham, Kacip dan Taring
Harga Implan Gigi di Klinik Swasta
Harga implan gigi di Malaysia biasanya berada dalam lingkungan RM5,000 hingga RM15,000 bagi setiap unit. Harga implan gigi ini bergantung kepada beberapa faktor, termasuk jenis bahan yang digunakan, tahap kesukaran prosedur, serta klinik pergigian yang dipilih.
Jika anda sedang mencari penyelesaian terbaik untuk menggantikan gigi yang hilang, Tiara Dental sedia membantu! Dengan kepakaran doktor gigi bertauliah dan penggunaan teknologi moden, kami menawarkan rawatan implan gigi yang selamat, tahan lama, dan kelihatan semula jadi. Jangan biarkan masalah gigi mengganggu keyakinan dan kualiti hidup anda.
Dapatkan konsultasi hari ini dan ketahui pilihan rawatan terbaik untuk anda! Hubungi Tiara Dental sekarang untuk temu janji atau maklumat lanjut.