Di Malaysia, terdapat pelbagai pilihan untuk mendapatkan gigi palsu, sama ada di klinik kerajaan atau klinik pergigian swasta, dengan kos dan jenis rawatan yang berbeza. Artikel ini akan membincangkan harga buat gigi palsu di klinik kerajaan dan swasta serta faktor yang mempengaruhi kos rawatan.

Kenapa Perlu Buat Gigi Palsu?

harga buat gigi palsu

Gigi palsu bukan sekadar penyelesaian kosmetik, tetapi satu keperluan untuk kesihatan mulut dan kesejahteraan harian. Kehilangan gigi akibat kecederaan, penyakit gusi (periodontitis), atau faktor usia boleh menjejaskan fungsi kunyahan, menyebabkan ketidakselesaan, dan memberi kesan kepada struktur rahang.

Dengan memakai gigi palsu, anda dapat:

 

Jenis Gigi Palsu

Harga buat gigi palsu di klinik kerajaan dan swasta adalah berbeza. Terdapat pelbagai jenis gigi palsu yang boleh dipilih mengikut keperluan dan bajet anda. Setiap jenis gigi palsu mempunyai kelebihan tersendiri, bergantung pada jumlah gigi yang hilang, tahap keselesaan, serta kos pemasangan.

 

Gigi palsu lengkap

harga buat gigi palsu

Gigi palsu lengkap digunakan apabila semua gigi dalam rahang atas atau bawah telah hilang. Ia biasanya diperbuat daripada akrilik dan boleh ditanggalkan. Harga buat gigi palsu jenis ini kebiasaanya agak mahal sedikit dan harga bermula daripada RM3000.

 

Gigi palsu separa

harga buat gigi palsu

Gigi palsu separa digunakan apabila hanya beberapa batang gigi hilang. Ia melekat pada gigi asal dengan cangkuk logam atau bahan fleksibel.

 

Gigi palsu permanen

Gigi palsu permanen lebih stabil kerana ia dipasang secara kekal menggunakan jambatan pergigian atau implan.

 

Gigi palsu implan

harga buat gigi palsu

Jenis ini melibatkan prosedur pembedahan di mana implan titanium dimasukkan ke dalam rahang sebelum gigi palsu dipasang.

 

Gigi palsu fleksibel

Gigi palsu fleksibel diperbuat daripada bahan yang lebih lembut dan selesa dipakai berbanding gigi palsu akrilik biasa.

 

Gigi palsu sebatang

harga buat gigi palsu

Digunakan untuk menggantikan satu batang gigi yang hilang dengan bahan seperti akrilik atau porselin.

 

Gigi palsu segera

Jenis ini dipasang sebaik sahaja gigi asal dicabut, membolehkan pesakit terus mempunyai gigi sementara menunggu penyembuhan.

 

Prosedur Buat Gigi Palsu Klinik Kerajaan dan Swasta

Proses pembuatan gigi palsu di klinik kerajaan dan swasta melibatkan beberapa peringkat penting bagi memastikan pesakit mendapat gigi palsu yang selesa, sesuai, dan berfungsi dengan baik. Walaupun prosedur asasnya serupa, tempoh siap dan harga buat gigi palsu mungkin berbeza bergantung pada jenis gigi palsu serta tempat rawatan yang dipilih.

 

Pemeriksaan gigi

Doktor gigi akan melakukan pemeriksaan menyeluruh bagi menentukan jenis gigi palsu yang sesuai serta keadaan kesihatan mulut pesakit.

 

Penyediaan gigi palsu

Doktor gigi akan mengambil acuan gigi dan menyediakan gigi palsu mengikut saiz serta bentuk yang sesuai dengan struktur mulut pesakit.

 

Persediaan Sebelum Buat Gigi Palsu

Sebelum memasang gigi palsu, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian bagi memastikan proses berjalan lancar dan mengelakkan komplikasi selepas pemasangan.

 

Rasa sakit selepas cabutan

Selepas gigi dicabut, pesakit mungkin mengalami ketidakselesaan sementara sebelum memakai gigi palsu. Bagi mengurangkan kesakitan, doktor akan membekalkan ubat tahan sakit yang perlu diambil mengikut dos yang ditetapkan. Kebiasaanya, kesakitan akan beransur pulih dalam tempoh beberapa hari, tetapi dalam kes tertentu, pemulihan penuh boleh mengambil masa beberapa minggu.

 

Gigi rongak

harga buat gigi palsu

Kehilangan gigi boleh menyebabkan perubahan pada struktur rahang dan gusi, terutamanya jika gigi dibiarkan rongak dalam tempoh yang lama. Tanpa gigi, tulang rahang boleh menyusut, yang boleh menyebabkan perubahan pada bentuk wajah serta menyukarkan pemasangan gigi palsu di kemudian hari. Selain itu, keadaan ini juga boleh menjejaskan keyakinan diri kerana ramai yang merasa kurang selesa untuk bercakap atau tersenyum apabila terdapat ruang kosong di dalam mulut mereka. 

 

Penjagaan rutin selepas cabutan

harga buat gigi palsu

Selepas gigi dicabut, penjagaan kebersihan mulut amat penting bagi mempercepatkan penyembuhan dan mengelakkan risiko jangkitan. Pesakit perlu berhati-hati ketika memberus gigi, terutama di kawasan yang dicabut, bagi memastikan pembekuan darah tidak terganggu. 

Penggunaan ubat kumur antiseptik juga disarankan untuk membunuh bakteria serta mengurangkan risiko jangkitan pada luka cabutan. Dalam tempoh 24 hingga 48 jam pertama, pesakit dinasihatkan untuk tidak menggunakan straw atau menghisap rokok kerana tindakan ini boleh menyebabkan dry socket, iaitu keadaan di mana darah beku yang melindungi luka tercabut, menyebabkan kesakitan yang lebih teruk.

 

Pemeriksaan susulan

Selepas pemasangan gigi palsu, lawatan susulan ke klinik pergigian diperlukan untuk memastikan kesesuaian dan keselesaan pemakaian. Doktor akan memeriksa keadaan gusi serta struktur rahang bagi memastikan gigi palsu yang dipasang sesuai untuk jangka panjang. 

Jika terdapat sebarang ketidakselesaan atau masalah dengan gigi palsu, doktor akan melakukan pelarasan bagi memastikan pesakit dapat menggunakannya dengan selesa dan berfungsi dengan baik. Pemeriksaan susulan juga penting untuk memastikan tiada komplikasi seperti luka pada gusi akibat geseran gigi palsu atau masalah lain yang boleh menjejaskan kesihatan mulut.

 

Harga Buat Gigi Palsu Kerajaan dan Swasta

Harga buat gigi palsu klinik kerajaan

Harga gigi palsu di klinik pergigian kerajaan jauh lebih murah kerana kerajaan menyediakan subsidi rawatan pergigian kepada rakyat Malaysia. Secara umumnya, kos untuk membuat gigi palsu di klinik kerajaan bermula dari RM10 hingga RM200, bergantung kepada jenis gigi palsu yang diperlukan.

Walaupun harga buat gigi palsu di klinik kerajaan lebih rendah, namun kualiti gigi palsu yang disediakan tetap setanding dengan klinik swasta. Walaubagaimana pun, pesakit mungkin tidak diberikan banyak pilihan dari segi bahan dan jenis gigi palsu. Selain itu, tempoh menunggu juga mungkin lebih lama kerana permintaan yang tinggi dan keutamaan akan diberikan kepada kes-kes tertentu yang lebih memerlukan.

Harga buat gigi palsu klinik swasta

Di klinik swasta, harga buat gigi palsu lebih tinggi kerana penggunaan teknologi moden serta pilihan bahan yang lebih pelbagai. Harga buat gigi palsu ini juga bergantung kepada lokasi klinik serta tahap kemahiran doktor gigi.

Berikut adalah anggaran harga buat gigi palsu mengikut jenis bahan yang ditawarkan di klinik swasta : 

  1. Gigi Palsu Separa

Akrilik: RM450 (tapak + 1 gigi), tambahan RM50 untuk setiap gigi tambahan

Fleksibel: RM850 (tapak + 1 gigi), tambahan RM50 untuk setiap gigi tambahan

Kobalt Chrome: RM950 (tapak + 1 gigi), tambahan RM50 untuk setiap gigi tambahan

  1. Gigi Palsu Penuh

Akrilik: RM1,100 (satu rahang), RM2,200 (dua rahang)

Fleksibel: RM1,500 (satu rahang), RM3,000 (dua rahang)

Bagi pesakit yang mencari alternatif lebih tahan lama, gigi palsu implan juga boleh menjadi pilihan, namun harganya lebih mahal, bermula dari RM5,000 ke atas bergantung kepada jenis implan dan prosedur pemasangan.

Buat Gigi Palsu di Tiara Dental

Tiara Dental menyediakan perkhidmatan pergigian profesional termasuk pemasangan gigi palsu dengan pelbagai pilihan bahan dan kaedah moden. Konsultasi dengan pakar pergigian akan membantu anda memilih gigi palsu terbaik mengikut bajet dan keperluan kesihatan mulut anda. Tempah slot anda di Tiara Dental hari ini dan kembalikan senyuman manis anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *