Harga bridge gigi sering menjadi persoalan bagi mereka yang ingin menutup ruang gigi yang hilang. Sama ada gigi depan atau geraham, kos rawatan di klinik swasta berbeza-beza bergantung pada jenis bahan, bilangan unit gigi yang perlu diganti, dan lokasi klinik. Adakah harga bridge gigi mahal? Berapa anggaran kosnya?

Dalam artikel ini, kami akan kupas segala yang anda perlu tahu tentang harga bridge gigi, faktor yang mempengaruhi kos, serta pilihan bridge gigi terbaik untuk anda.

harga bridge gigi

Apa Itu Bridge Gigi

Bridge gigi, atau jambatan gigi, adalah sejenis prostesis pergigian yang digunakan untuk menggantikan gigi yang hilang. Ia terdiri daripada dua atau lebih gigi palsu (pontic) yang disokong oleh gigi bersebelahan (abutment) menggunakan crown atau implan gigi.

Dari segi bahan, bridge gigi biasanya dibuat daripada porselin, logam, atau gabungan kedua-duanya yang akan mempengaruhi harga bridge gigi. Ia direka khas supaya kelihatan dan berfungsi seperti gigi semula jadi. Selain mencantikkan senyuman, ia juga membantu memulihkan fungsi mengunyah dan menghalang gigi bersebelahan daripada bergerak ke ruang kosong yang ditinggalkan oleh gigi yang hilang.

Baca Juga: Prosedur & Harga Gigi Palsu Fleksibel Siap 60 Minit (2025)

Kenapa Perlu Buat Bridge Gigi?

Bridge gigi adalah pilihan yang baik untuk menggantikan gigi yang hilang tanpa perlu pembedahan. Ia membantu mengekalkan struktur gigi sekeliling, mengelakkan pergeseran gigi, dan meningkatkan fungsi mengunyah serta pertuturan.

Selain itu, bridge gigi juga memberikan penampilan yang lebih semula jadi berbanding gigi palsu biasa. Harga bridge gigi bergantung pada bahan yang digunakan dan kompleksiti rawatan, tetapi ia tetap menjadi pilihan yang lebih berpatutan berbanding implan gigi. Berikut merupakan sebab kenapa anda perlu buat bridge gigi:

Kembalikan fungsi kunyah

harga bridge gigi

Kehilangan gigi boleh menyukarkan proses mengunyah, terutama untuk makanan yang keras atau berserat. Dengan bridge gigi, anda boleh makan seperti biasa tanpa rasa tidak selesa.

Mencantikkan senyuman

harga bridge gigi

Gigi yang hilang boleh mencacatkan susunan gigi dan menjejaskan keyakinan diri. Bridge gigi membantu mengisi ruang yang kosong dan mencantikkan semula susunan gigi untuk senyuman yang lebih yakin.

Cegah gigi bergeser

Bila ada ruang kosong, gigi bersebelahan boleh bergerak ke arah ruang tersebut, menyebabkan gigitan jadi tak sekata. Lama-kelamaan, ia boleh mengganggu struktur gigi dan membawa kepada masalah pergigian yang lain.

Sebutan lebih jelas

Gigi memainkan peranan penting dalam pertuturan. Kehilangan gigi boleh menyebabkan kesukaran menyebut perkataan tertentu. Dengan bridge gigi, sebutan lebih jelas dan pertuturan jadi lebih lancar.

Mengekalkan bentuk wajah

Tanpa sokongan daripada gigi, struktur muka boleh berubah, menyebabkan wajah kelihatan lebih tua. Bridge gigi membantu mengekalkan bentuk semula jadi wajah.

 

Jenis Bridge Gigi

Terdapat beberapa jenis yang berbeza bergantung pada keadaan gigi dan keperluan pesakit yang akan mempengaruhi harga bridge gigi. Berikut adalah empat jenis bridge gigi yang biasa digunakan:

 

1. Traditional Bridge

harga bridge gigi

 

Bridge gigi jenis ini adalah yang paling biasa digunakan. Ia terdiri daripada dua atau lebih crown gigi yang dilekatkan pada gigi asli bersebelahan dengan ruang kosong sebagai sokongan. Gigi palsu (pontic) akan diletakkan di tengah-tengah untuk menggantikan gigi yang hilang.Jenis ini sesuai untu mereka yang masih mempunyai gigi asli yang kuat di kedua-dua sisi ruangan yang kosong.

2. Cantilever Bridge

harga bridge gigi

Jenis ini digunakan apabila hanya ada satu gigi asli di sebelah ruang kosong sebagai sokongan. Struktur bridge akan dilekatkan pada gigi tersebut untuk menggantikan gigi yang hilang. Tetapi, jenis bridge gigi ini boleh memberi tekanan berlebihan kepada satu gigi penyokong dan mempunyai risiko dalam jangka masa panjang.

3. Maryland Bridge

harga bridge gigi

Maryland bridge menggunakan rangka logam atau porselin yang dilekatkan pada bahagian belakang gigi asli bersebelahan sebagai sokongan dan sesuai digunakan untuk menggantikan gigi depan. 

Tidak seperti traditional bridge, Maryland Bridge tidak memerlukan pemotongan gigi penyokong. Namun, jenis ini kurang tahan lama berbanding traditional bridge dan boleh tertanggal jika tekanan terlalu kuat.

4. Implant-Supported Bridge

harga bridge gigi

Berbeza dengan bridge lain yang bergantung kepada gigi asli, jenis ini menggunakan implant gigi sebagai sokongan utama. Implan ditanam ke dalam tulang rahang yang menjadikannya lebih kukuh dan tahan lama.

Jenis ini sesuai untuk mereka yang kehilangan lebih daripada satu gigi dan mahukan penyelesaian yang tahan lama. Namun, proses pemasangannya lebih kompleks dan memerlukan kos yang lebih tinggi.

 

Baca Juga: Harga Crown Gigi di Klinik Swasta Siap 1 JAM (EDISI 2025)

 

Prosedur Rawatan Bridge Gigi

Proses pemasangan bridge gigi memerlukan beberapa langkah bagi memastikan hasil yang selesa, tahan lama, dan sesuai dengan struktur gigi pesakit. Berikut adalah prosedur lengkap yang biasanya dilakukan di klinik pergigian:

 

1. Rundingan & Pemeriksaan Gigi

Langkah pertama adalah sesi rundingan bersama doktor gigi. Dalam sesi ini, doktor akan:

✅ Memeriksa keadaan gigi, gusi, dan tulang rahang untuk memastikan kesesuaian anda untuki mendapatkan bridge gigi.

✅ X-ray gigi akan diambil jika perlu bagi melihat keadaan akar gigi dan tulang rahang secara menyeluruh.

✅ Acuan awal gigi pesakit akan dibuat sebagai rujukan sebelum proses rawatan bermula.

 

2. Penyediaan Gigi Penyokong & Pengambilan Acuan

harga bridge gigi

Sebelum bridge gigi tetap dipasang, gigi yang akan menjadi penyokong perlu disiapkan terlebih dahulu:

• Doktor akan membuang sedikit lapisan luar gigi penyokong (crown preparation) untuk memberikan ruang bagi pemasangan crown gigi.

• Proses ini dilakukan menggunakan bius setempat, jadi pesakit tidak akan merasa sakit.

• Selepas itu, acuan gigi yang telah dipotong akan diambil, termasuk gigi yang bersebelahan, bagi memastikan bridge yang dibuat sesuai dengan gigitan pesakit.

• Untuk melindungi gigi sementara menunggu bridge tetap siap, crown atau bridge sementara akan dipasang.

 

3. Pembuatan Bridge Gigi

Bridge gigi tetap akan dibuat berdasarkan acuan yang telah diambil. Proses ini dilakukan di makmal pergigian bagi menghasilkan bridge yang sesuai dengan saiz, bentuk, dan warna gigi asal. Serta dibuat daripada bahan seperti porselin, logam, atau kombinasi keduanya, bergantung kepada pilihan pesakit dan nasihat doktor.

 

4. Pemasangan Bridge Gigi Tetap

harga bridge gigi

Setelah bridge gigi siap, doktor akan menggantikan bridge sementara dengan bridge tetap. Bridge sementara akan dibuang dengan berhati-hati. Doktor akan memasang bridge tetap dengan melakukan beberapa pelarasan bagi memastikan keselesaan serta kesesuaian dengan gigitan asal. 

 

5. Tindakan Lanjut & Penjagaan

Selepas pemasangan, pesakit perlu menghadiri sesi susulan bagi memastikan bridge gigi berfungsi dengan baik. Doktor akan memeriksa kesesuaian bridge dan memastikan tiada ketidakselesaan semasa menggigit atau bercakap..

Bridge gigi boleh bertahan bertahun-tahun jika dijaga dengan baik, jadi penting untuk mengikuti arahan doktor serta melakukan pemeriksaan berkala bagi mengekalkan kesihatan gigi anda.

 

Harga Bridge Gigi di Klinik Swasta

Harga bridge gigi di klinik swasta bergantung kepada jenis bahan yang digunakan, bilangan gigi yang perlu diganti, dan tahap kesukaran prosedur. Secara purata, harga bridge gigi boleh bermula dari RM1,500 hingga RM6,000 setiap unit. Kos pemasangan bridge gigi juga boleh dipengaruhi oleh keperluan rawatan tambahan seperti pemasangan implant gigi.

 

Rawatan Gigi di Tiara Dental

Tiara Dental menyediakan pelbagai rawatan pergigian, termasuk pemasangan bridge gigi, pemasangan crown gigi, serta rawatan prostetik gigi lain. Tiara Dental memastikan setiap pesakit mendapat rawatan terbaik untuk memulihkan senyuman dan kesihatan mulut mereka.

Jika anda mencari klinik gigi swasta yang menawarkan harga bridge gigi yang berpatutan dengan kualiti perkhidmatan yang tinggi, hubungi Tiara Dental untuk konsultasi lanjut hari ini!

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *