Profil Klinik

Selamat datang ke Klinik Pergigian Tiara Dental
Klinik Gigi Shah Alam Patuh Syariah Sejak Tahun 2022

Kisah Kami

Klinik Pergigian Tiara Dental diasaskan oleh pasangan doktor yang berdedikasi, Dr. Amir Haziq dan Dr. Haziqah Hashim, dengan satu kepercayaan utama—setiap orang berhak memiliki senyuman menawan sambil mengekalkan kesihatan gigi yang terbaik.

Di Klinik Pergigian Tiara Dental, kami bukan sekadar doktor gigi. Kami rakan yang peduli. Kami yakin bahawa hubungan antara doktor gigi dan pesakit bukan sekadar di kerusi rawatan—tetapi lebih daripada itu. Tak perlu takut jumpa doktor gigi. Klinik gigi bukan tempat yang menakutkan, tetapi tempat di mana anda boleh mendapatkan rawatan dengan tenang dan yakin.

Dengan visi yang sama, kami wujudkan Klinik Pergigian Tiara Dental —sebuah klinik yang mengutamakan keselesaan, hubungan mesra, dan pengalaman rawatan yang positif. Kami di sini untuk membantu anda tersenyum dengan yakin.

Kenapa Tiara Dental?

Waktu Menunggu Singkat

Tidak seperti klinik gigi lain di Shah Alam, waktu menunggu di Tiara Dental hanya 10-15 minit sahaja. Jimat masa anda!

10 Tahun Pengalaman

Para doktor di Tiara Dental adalah pengamal pergigian sah yang berdaftar di bawah Malaysian Dental Council dan mempunyai pengalaman bekerja hampir 10 tahun.

5,000+ Pesakit

Lebih daripada 5000+ pesakit telah memilih dan mempercayai khidmat rawatan pergigian di Tiara Dental sejak daripada tahun 2022 sehingga kini.

Doktor Profesional

Para doktor di Tiara Dental akan pastikan proses konsultasi dan rawatan dilakukan secara profesional tanpa mengira latar belakang dengan objektif untuk menyelesaikan masalah gigi anda.

Tidak Kasar

Para doktor kami memiliki skil dan teknik rawatan yang lemah lembut dan tidak kasar supaya para pesakit lebih selesa sepanjang tempoh rawatan pergigian dijalankan.

5 Stars Google Review

Kami sentiasa mengekalkan kualiti perkhidmatan dan rawatan di Tiara Dental berada di tahap yang tertinggi demi kepuasan para pesakit kami.

Falsafah Kami

Senyuman bukan sekadar ekspresi—ia adalah pantulan keyakinan, kegembiraan, dan kesihatan diri. Di Klinik Pergigian Tiara Dental, kami percaya bahawa setiap individu berhak memiliki senyuman yang menawan.

Dengan barisan doktor gigi yang berdedikasi, kami bukan sekadar memberikan rawatan, tetapi menyempurnakan pengalaman kesihatan oral anda. Setiap sentuhan profesional kami adalah satu langkah menuju senyuman yang anda banggakan.

Dilengkapi teknologi terkini dan suasana yang penuh ketenangan, kami pastikan setiap kunjungan ke Klinik Pergigian Tiara Dental bukan sekadar rutin, tetapi perjalanan yang bermakna—menyenangkan, selesa, dan penuh kepuasan.

Visi Kami

Menyediakan rawatan gigi dan prosedur gigi yang teliti, tidak ganas dan lemah lembut untuk semua golongan, bangsa dan kaum pesakit yang datang ke klinik kami. Kami ingin mengubah persepsi dan stigma masyarakat yang rawatan gigi & prosedur gigi itu menakutkan dan menyakitkan.

Misi Kami

Kami percaya yang setiap orang berhak dan layak memiliki senyuman yang sempurna dan menjadi contoh positif kepada orang di sekeliling mereka akan penjagaan kesihatan mulut khususnya penjagaan gigi menerusi rawatan gigi dan prosedur gigi yang betul dengan objektif mereka.

Doktor Kami

Doktor Muslim kami di Shah Alam sedia memberi bantuan pergigian kepada anda

Dr Amir merupakan pengasas Tiara Dental yang dikenali sebagai doktor yang mesra dan profesional. Beliau gemar menggunakan istilah dan bahasa yang mudah difahami supaya para pesakit dapat faham secara mendalam punca sebenar masalah yang dihadapi.

Dengan berbekalkan pengalaman hampir 1 dekad, rawatan yang digemari oleh Dr Amir adalah seperti Composite Veneer, Gigi Palsu Penuh, Crown, Bridge, Braces dan lain-lain.

Beliau mendapat kelulusan Bachelor of Dental Surgery (BDS) daripada Alexandria University, Egypt, di bawah tajaan MARA. Beliau juga mendapat pengiktirafan daripada Academy of Fixed Orthodontics New York Fellowship dan telah melengkapkan Comprehensive Modular Orthodontic Program di Biomechanical Institute for Orthodontics (BiO) Malaysia.

dr haziqah hashim tiara dental klinik gigi shah alam

Bagi pesakit yang ingin berjumpa dengan doktor wanita, ataupun mencari doktor yang mesra kanak-kanak, Dr Haziqah sering menjadi pilihan utama. Beliau merupakan pengasas Tiara Dental dan dikenali dengan sifat lemah lembut, cekap, profesional dan teliti.

Selain daripada rawatan kanak-kanak, beliau sering dikenali sebagai seorang doktor yang mahir
untuk rawatan cabutan gigi bongsu kerana beliau mempunyai pengalaman bekerja di Hospital Lawas, Sarawak. Berbekalkan pengalaman hampir 10 tahun bekerja, beliau terus berdedikasi dalam memberi rawatan yang terbaik untuk warga Shah Alam.

Beliau mendapat kelulusan Bachelor of Dental Surgery (BDS) daripada Alexandria University, Egypt, di bawah tajaan MARA. Beliau juga mendapat pengiktirafan daripada Academy of Fixed Orthodontics New York Fellowship.

appointment klinik gigi shah alam

Perlukan rawatan gigi?

Buat temujanji dengan kami hari ini!